ASTRO OASIS
ASTRO OASIS
ASTRO OASIS
ASTRO OASIS
ASTRO OASIS
ASTRO OASIS
ASTRO OASIS
ASTRO OASIS
ASTRO CERIA
ASTRO PRIMA
ASTRO WARNA
ASTRO RIA
ASTRO ARENA
8 TV
NTV 7
ASTRO OASIS
ASTRO OASIS
ASTRO OASIS

Sunday 19 February 2012

TAHAJJUD..menyembah Sang Pencipta




Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, di sisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah SWT jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah SWT dan ada waktu malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah SWT. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.


Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya. Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah SWT. Berkata Fudhail bin Al-Iyadh: Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!” Abu Sulaiman pula berkata: “Jikalau tidaklah kerana malam, nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini.

Malam dengan ketenangan dan kejernihan suasananya merupakan sebaik-baik waktu untuk beribadat, kerana itu para mukmin digalakkan mengambil kesempatan-kesempatan keemasan itu untuk mengukuhkan hubungan dan kecintaannya kepada ALLAH. Alangkah qudusnya iman seseorang apabila di saat manusia yang lain sedang tidur nyenyak ia bangkit mendirikan sembahyang dan membangunkan isterinya sembahyang bersama-sama untuk mempersembahkan pujian, harapan, permohonan dan permintaan ampun kepada ALLAH ketika dunia diselubungi sepi dan gelita. Alangkah indahnya pandangan dua manusia suami isteri sama berdiri lurus menghadap qiblat dan sama meletakkan dahi mereka ke lantai di tengah-tengah kekelaman malam untuk membuktikan ' ubudiah mereka yang tulus kepada ALLAH, memohon keberkatan hidup dunia dan kebahagiaan hidup di negeri Akhirat.


Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepda hamba-hambaNya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya. Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka.” Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur.


Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah SWT memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggalkan keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wuduk dan berdiri serta sujud kepada Allah SWT. Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah SWT menyediakan sebuah syurga bagi hamba-hambaNya yang menghidupkan malam.


Meskipun itu adalah janji dari Allah SWT kepada kita, namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia dari melakukannya. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah SWT, nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk, nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat, nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian, nescaya menjadi keji jiwa dan malas.


Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dalam golongan manusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah SWT. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa.


Dipetik dari Panduan Solat Tahajjud, oleh Muhammad Uzair Al Aziz.
.

Friday 17 February 2012

Sumpah ikrar jutaan rakyat Syria untuk berjihad

Wednesday 15 February 2012

Ustaz Azhar Idrus - Hukum berkaraoke

Monday 6 February 2012

DI SAAT KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W





Sebuah perkongsian dalam penghayatan...Semoga bermanfaat, insyaAllah..


Ketika ajal Rasulullah SAW hampir tiba, sebelum nabi menghembuskan nafas yang terakhir, nabi meminta izin daripada isterinya untuk berada di rumah Syaidatina Aisyah ra. Dibawa ke rumah Aisyah, Aisyah pangku Rasulullah SAW, isteri mana yang dapat menahan kesakitan, penderitaan suaminya, isteri mana yang dapat menahan kesedihan. Melihat suami menderita kesakitan, aisyah membaca doa menyapu keseluruh tubuh Rasulullah SAW, sambil memegang tangan suci baginda dan turut disapu agar mendapat seribu satu keberkatan.


Masjid Nabawi


Nabi memerintahkan dipanggil Siti Fatimah, puteri kesayanganku, Fatimah datang dan duduk disisi Rasulullah SAW. Nabi mencium Fatimah, Fatimah membalas ciuman tersebut, nabi cium Fatimah sekali lagi, Fatimah memandang tepat ke mata ayahdanya, seolah2 itu ciuman yang terakhir daripada seorang ayah kepada anak yang paling dicintai dengan sepenuh hatinya. Fatimah melihat kesakitan nabi dan berkata,


“Duhai ayahda kesayangku, saya tak sampai hati melihat ayahda di dalam kesakitan seperti ini.”


Nabi masih mampu mengukirkan senyuman, “Sabarlah wahai puteri kesayanganku, selepas ini ayah tidak akan sakit lagi kerna ayah akan pergi meninggalkan kamu untuk selama-lamanya.”


Suasana sedih, sayu dan pilu ketika itu, nabi minta Fatimah bawa Hasan dan Husin datang ke sisi nabi, nabi peluk Hasan, nabi peluk Husin, nabi cium mereka itu juga ciuman yang terakhir.


Nabi pesan , “Wahai cucu-cucu kesayanganku, sentiasalah sepanjang hidupmu manabur kebaktian demi kebaktian.” Tiba-tiba Rasulullah berkata kepada Syaidatina Aisyah, “Ya Aisyah, Ya Aisy, sakit rasanya sakratul maut.”


Ketika malaikat maut mencabut nyawa nabi paling halus, paling lembut paling perlahan, nabi sakit kerna nabi minta pada Allah, Ya Allah, izinkanlah aku merasai bagaimana sakitnya sakratul maut umat ku nanti sebelum mereka manghembuskan nafas yang terakhir.


Hebat sekali kasih nabi kepada kita. Ketika itu aisyah nampak nabi menadah tangan sambil matanya memandang ke atas, tiga kali nabi berdoa, “Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa hambamu, tempatkanlah aku disisi kekasihmu yang paling tertinggi.” Tiga kali nabi ulang doa, tiba-tiba bibir nabi bergerak dua kali.


Anas bin Malik nampak sebelum nabi menghembuskan nafas yang terakhir. Nabi sebut nama kita, “Ummati, Ummati, Umatku, Umatku!!” Nabi menghembuskan nafas yang terakhir di atas ribaan kekasihnya Syaidatina Aisyah ra 12 Rabiulawal tahun 11H ketika baginda berusia 63 tahun.


Masjid Nabawi


Fatimah menangis, duhai ayah kesayangku, engkau telah pergi menyahut seruan illahi, duhai ayah kesayanganku, sesungguhnya Jannatul Firdaus sedang menanti mu.


Nabi telah pergi meninggalkan kita, kita rasa sedih kerana dalam hati kita ada rasa cinta, ada rasa sayu, kata nabi “Man hahabbani, kana mail fil jannah”,


Barangsiapa yg cinta kpd aku, barangsiapa yang kasih kpd aku, sesungguhnya mereka ini lah yang akan berada dengan ku di dalam syurga yang kekal abadi.


Andai benar kasih dan cinta kepada nabi, nabi tinggal dua pusaka, Al-Quran dan as-Sunnah, jangan dijauhkan, dibaca selalu, dijadikan amalan, insyaAllah suatu saat suatu ketika, dengan izin Allah jua, kita akan berada bersama nabi…..


Banyakkan selawat, banyakkan ibadah, baru bahagia dunia dan akhirat!!!


p/s: Jadikan Nabi Muhammad sabagai idola kita, tiada orang yang sehebat nabi, ingat Allah, ingat Nabi…Wahai teman-temanku, sayangilah Rasulullah....Baginda telah banyak berkorban untuk memperjuangkan agama Islam ini...Walaupun ajalnya sudah sampai, Baginda masih ingat kepada umat-umatnya...begitu sangatnya Baginda kepada kita...tetapi apa yang kita telah korbankan untuk Islam sekarang???renung-renungkanlah sahabatku....


Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang artinya, “Sesungguhnya Islam dimulai dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka thuuba (beruntunglah) orang-orang yang asing” (HR Muslim).


SALAM MAULIDURRASUL.

Friday 3 February 2012

GANJARAN SI HUFFAZ AL-QURAN


Seseoarang pernah bertanya kepada ana "Orang hafal Al-Quran ni nanti nak kerja apa? Lepas tu nak bagi anak bini makan apa? Rezeki di tangan Allah, bukan di tangan manusia. Bahkan si Penghafal Al-Quran mendapat kemulian di sisi Allah S.W.T. Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran “al-Hafiz”, akan mendapat 2 ganjaran :
  • Ganjaran di dunia.
  • Ganjaran di akhirat.
Ganjaran di dunia
Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golonganHamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka:
  • Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”(Riwayat Ibnu Majah)
  • Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)
  • Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ganjaran di akhirat
  • Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
  • Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)
Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al-Quran. Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.

Saturday 7 January 2012


                                    SURAT  TERBUKA DARI IBLIS


     Hai manusia tersayang,

     Jadi malam waktu akan tidur, aku melihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca Ayat Kursi dan Kulhu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Quran. Sesungguhnya engkau tidak membuang masa.

     Pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat Subuh. Bagus sekali!!  Engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang budiman. Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurmu. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila Subuh dating menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kesayangan.

     Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wuduk. Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan bill air rumahmu.Aku lihat engkau tidak pernah membaca Bismillah sewaktu akan makan. Ini bagus kerana engkau tidak memenatkan mulutmu dan bila sudah kenyang, engkau tidak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini bagus juga. Cukuplah dengan sendawa kuat-kuat seperti lembu.

     Hai manusia yang aku cintai, semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen pon atau seteguk air sekalipun. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tidak membazirkan rezekimu yang melimpah ruah yang diberi Allah kepadamu. Engkau seorang yang jimat kerana rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang. Menonton wayang, berholiday di Genting dan membeli kemewahan-kemewahan dunia.

     Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkautidak mengucapkan Assalamualaikum. Engkau mengucapkan “Hello everybody!” Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahawa engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris. Tak perlu engkau belajar bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa. Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat yang sejati. Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku.
Duhai manusia,

     Apabila engkau berpuasa, telah lemah urat sendiku, telah terbakar seluruh jasadku, ku merintih kesakitan, bila setiap kali ku lihat hamba-hambanya-Nya yang penat berpuasa di siang hari dan menghabiskan masa di malam hari dengan berzikir dan merintih mengenang dosa-dosanya yang lepas, kerana pintu taubat telah terbuka oleh Allah seluas-luasnya….Namun aku tetap gembira kerana diantara kalian masih ada yang sudi menjadi temanku, melepaskan peluang rahmat Allah dengan mengucapkan perkataan yang sia-sia, mengumpat, tidak mengerjakan solat malah mencipta setiap persengketaan. Aduhai tubuhku yang dibelenggu telah kembali segar. Cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadi penyambung kepada tugasku setiap masa. Dan di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama. Kita berpegang tangan menuju ke NERAKA JAHANNAM. 


Sahabatmu, IBLIS LAKNATULLAH

Monday 2 January 2012

Oley!!

Saka dan Cara Mengatasinya - Ust Sharhan Shafie


                         ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD S.A.W

Antara 9 mimpi Nabi Muhammad S.A.W “Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan…….”
1.   Aku telah melihat seorang dari umatku telah di dating oleh malaikatulmaut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATANNYA DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2.   Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3.   Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIR YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4.   Aku melihat bagaimana umatku diseret dengai rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5.   Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga, dia dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT member minumhingga ia merasa puas.
6.   Aku melihat umatku cuba mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7.   Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.
8.   Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.   
  9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menghalang muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.