Friday, 17 February 2012
Wednesday, 15 February 2012
Tuesday, 14 February 2012
Friday, 10 February 2012
Monday, 6 February 2012
DI SAAT KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W
Sebuah perkongsian dalam penghayatan...Semoga bermanfaat, insyaAllah..
Ketika ajal Rasulullah SAW hampir tiba, sebelum nabi menghembuskan nafas yang terakhir, nabi meminta izin daripada isterinya untuk berada di rumah Syaidatina Aisyah ra. Dibawa ke rumah Aisyah, Aisyah pangku Rasulullah SAW, isteri mana yang dapat menahan kesakitan, penderitaan suaminya, isteri mana yang dapat menahan kesedihan. Melihat suami menderita kesakitan, aisyah membaca doa menyapu keseluruh tubuh Rasulullah SAW, sambil memegang tangan suci baginda dan turut disapu agar mendapat seribu satu keberkatan.
Masjid Nabawi
Nabi memerintahkan dipanggil Siti Fatimah, puteri kesayanganku, Fatimah datang dan duduk disisi Rasulullah SAW. Nabi mencium Fatimah, Fatimah membalas ciuman tersebut, nabi cium Fatimah sekali lagi, Fatimah memandang tepat ke mata ayahdanya, seolah2 itu ciuman yang terakhir daripada seorang ayah kepada anak yang paling dicintai dengan sepenuh hatinya. Fatimah melihat kesakitan nabi dan berkata,
“Duhai ayahda kesayangku, saya tak sampai hati melihat ayahda di dalam kesakitan seperti ini.”
Nabi masih mampu mengukirkan senyuman, “Sabarlah wahai puteri kesayanganku, selepas ini ayah tidak akan sakit lagi kerna ayah akan pergi meninggalkan kamu untuk selama-lamanya.”
Suasana sedih, sayu dan pilu ketika itu, nabi minta Fatimah bawa Hasan dan Husin datang ke sisi nabi, nabi peluk Hasan, nabi peluk Husin, nabi cium mereka itu juga ciuman yang terakhir.
Nabi pesan , “Wahai cucu-cucu kesayanganku, sentiasalah sepanjang hidupmu manabur kebaktian demi kebaktian.” Tiba-tiba Rasulullah berkata kepada Syaidatina Aisyah, “Ya Aisyah, Ya Aisy, sakit rasanya sakratul maut.”
Ketika malaikat maut mencabut nyawa nabi paling halus, paling lembut paling perlahan, nabi sakit kerna nabi minta pada Allah, Ya Allah, izinkanlah aku merasai bagaimana sakitnya sakratul maut umat ku nanti sebelum mereka manghembuskan nafas yang terakhir.
Hebat sekali kasih nabi kepada kita. Ketika itu aisyah nampak nabi menadah tangan sambil matanya memandang ke atas, tiga kali nabi berdoa, “Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa hambamu, tempatkanlah aku disisi kekasihmu yang paling tertinggi.” Tiga kali nabi ulang doa, tiba-tiba bibir nabi bergerak dua kali.
Anas bin Malik nampak sebelum nabi menghembuskan nafas yang terakhir. Nabi sebut nama kita, “Ummati, Ummati, Umatku, Umatku!!” Nabi menghembuskan nafas yang terakhir di atas ribaan kekasihnya Syaidatina Aisyah ra 12 Rabiulawal tahun 11H ketika baginda berusia 63 tahun.
Masjid Nabawi
Fatimah menangis, duhai ayah kesayangku, engkau telah pergi menyahut seruan illahi, duhai ayah kesayanganku, sesungguhnya Jannatul Firdaus sedang menanti mu.
Nabi telah pergi meninggalkan kita, kita rasa sedih kerana dalam hati kita ada rasa cinta, ada rasa sayu, kata nabi “Man hahabbani, kana mail fil jannah”,
Barangsiapa yg cinta kpd aku, barangsiapa yang kasih kpd aku, sesungguhnya mereka ini lah yang akan berada dengan ku di dalam syurga yang kekal abadi.
Andai benar kasih dan cinta kepada nabi, nabi tinggal dua pusaka, Al-Quran dan as-Sunnah, jangan dijauhkan, dibaca selalu, dijadikan amalan, insyaAllah suatu saat suatu ketika, dengan izin Allah jua, kita akan berada bersama nabi…..
Banyakkan selawat, banyakkan ibadah, baru bahagia dunia dan akhirat!!!
p/s: Jadikan Nabi Muhammad sabagai idola kita, tiada orang yang sehebat nabi, ingat Allah, ingat Nabi…Wahai teman-temanku, sayangilah Rasulullah....Baginda telah banyak berkorban untuk memperjuangkan agama Islam ini...Walaupun ajalnya sudah sampai, Baginda masih ingat kepada umat-umatnya...begitu sangatnya Baginda kepada kita...tetapi apa yang kita telah korbankan untuk Islam sekarang???renung-renungkanlah sahabatku....
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang artinya, “Sesungguhnya Islam dimulai dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka thuuba (beruntunglah) orang-orang yang asing” (HR Muslim).
SALAM MAULIDURRASUL.
Friday, 3 February 2012
GANJARAN SI HUFFAZ AL-QURAN
Seseoarang pernah bertanya kepada ana "Orang hafal Al-Quran ni nanti nak kerja apa? Lepas tu nak bagi anak bini makan apa? Rezeki di tangan Allah, bukan di tangan manusia. Bahkan si Penghafal Al-Quran mendapat kemulian di sisi Allah S.W.T. Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran “al-Hafiz”, akan mendapat 2 ganjaran :
- Ganjaran di dunia.
- Ganjaran di akhirat.
Ganjaran di dunia
Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golonganHamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka:
- Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”(Riwayat Ibnu Majah)
- Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
- Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)
- Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ganjaran di akhirat
- Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
- Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
- Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)
Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al-Quran. Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.
Thursday, 2 February 2012
Wednesday, 25 January 2012
Saturday, 7 January 2012
SURAT TERBUKA DARI IBLIS
Hai manusia
tersayang,
Jadi malam waktu
akan tidur, aku melihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak
membaca Ayat Kursi dan Kulhu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah
adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Quran. Sesungguhnya engkau
tidak membuang masa.
Pagi ini aku
lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat Subuh. Bagus sekali!! Engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah
sahabatku yang budiman. Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan
tidurmu. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam
berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila Subuh dating menjelang,
udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri
kesayangan.
Aku lihat engkau
jarang-jarang mengambil wuduk. Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan
air dan tidak meninggikan bill air rumahmu.Aku lihat engkau tidak pernah
membaca Bismillah sewaktu akan makan. Ini bagus kerana engkau tidak memenatkan
mulutmu dan bila sudah kenyang, engkau tidak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini
bagus juga. Cukuplah dengan sendawa kuat-kuat seperti lembu.
Hai manusia yang
aku cintai, semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau
menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen pon atau seteguk
air sekalipun. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang
duit dan tidak membazirkan rezekimu yang melimpah ruah yang diberi Allah kepadamu.
Engkau seorang yang jimat kerana rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang.
Menonton wayang, berholiday di Genting dan membeli kemewahan-kemewahan dunia.
Aku lihat bila
engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkautidak mengucapkan Assalamualaikum.
Engkau mengucapkan “Hello everybody!” Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan
bahawa engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa
Inggeris. Tak perlu engkau belajar bahasa Arab kerana ini bukan bahasa
antarabangsa. Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat
yang sejati. Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku.
Duhai manusia,
Apabila engkau
berpuasa, telah lemah urat sendiku, telah terbakar seluruh jasadku, ku merintih
kesakitan, bila setiap kali ku lihat hamba-hambanya-Nya yang penat berpuasa di
siang hari dan menghabiskan masa di malam hari dengan berzikir dan merintih
mengenang dosa-dosanya yang lepas, kerana pintu taubat telah terbuka oleh Allah
seluas-luasnya….Namun aku tetap gembira kerana diantara kalian masih ada yang
sudi menjadi temanku, melepaskan peluang rahmat Allah dengan mengucapkan
perkataan yang sia-sia, mengumpat, tidak mengerjakan solat malah mencipta
setiap persengketaan. Aduhai tubuhku yang dibelenggu telah kembali segar.
Cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadi penyambung kepada tugasku setiap masa.
Dan di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama. Kita
berpegang tangan menuju ke NERAKA JAHANNAM.
Sahabatmu, IBLIS LAKNATULLAH
Sahabatmu, IBLIS LAKNATULLAH
Thursday, 5 January 2012
Monday, 2 January 2012
ANTARA 9 MIMPI NABI
MUHAMMAD S.A.W
Antara 9 mimpi Nabi Muhammad S.A.W “Sesungguhnya
aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di
Israqkan…….”
1. Aku
telah melihat seorang dari umatku telah di dating oleh malaikatulmaut dengan
keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu
terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATANNYA DAN KEPATUHANNYA KEPADA
KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku
melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan,
diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku
melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan
iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIR YANG TULUS
IKHLAS kepada Allah.
4. Aku
melihat bagaimana umatku diseret dengai rantai yang diperbuat daripada api
neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke
duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK
MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku
melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu
telaga, dia dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG
IKHLAS KERANA ALLAH SWT member minumhingga ia merasa puas.
6. Aku
melihat umatku cuba mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk
berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah
MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk
disebelahku.
7. Aku
melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di
sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah
pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari
kegelapan kepada tempat yang terang benderang.
8. Aku
melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka
tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK
SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut
bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku
melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah
menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menghalang muka
dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

