ANTARA 9 MIMPI NABI
MUHAMMAD S.A.W
Antara 9 mimpi Nabi Muhammad S.A.W “Sesungguhnya
aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di
Israqkan…….”
1. Aku
telah melihat seorang dari umatku telah di dating oleh malaikatulmaut dengan
keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu
terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATANNYA DAN KEPATUHANNYA KEPADA
KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku
melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan,
diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku
melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan
iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIR YANG TULUS
IKHLAS kepada Allah.
4. Aku
melihat bagaimana umatku diseret dengai rantai yang diperbuat daripada api
neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke
duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK
MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku
melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu
telaga, dia dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG
IKHLAS KERANA ALLAH SWT member minumhingga ia merasa puas.
6. Aku
melihat umatku cuba mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk
berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah
MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk
disebelahku.
7. Aku
melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di
sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah
pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari
kegelapan kepada tempat yang terang benderang.
8. Aku
melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka
tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK
SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut
bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku
melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah
menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menghalang muka
dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
No comments:
Post a Comment