ASTRO OASIS
ASTRO OASIS
ASTRO OASIS
ASTRO OASIS
ASTRO OASIS
ASTRO OASIS
ASTRO OASIS
ASTRO OASIS
ASTRO CERIA
ASTRO PRIMA
ASTRO WARNA
ASTRO RIA
ASTRO ARENA
8 TV
NTV 7
ASTRO OASIS
ASTRO OASIS
ASTRO OASIS

Saturday 7 January 2012


                                    SURAT  TERBUKA DARI IBLIS


     Hai manusia tersayang,

     Jadi malam waktu akan tidur, aku melihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca Ayat Kursi dan Kulhu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Quran. Sesungguhnya engkau tidak membuang masa.

     Pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat Subuh. Bagus sekali!!  Engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang budiman. Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurmu. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila Subuh dating menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kesayangan.

     Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wuduk. Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan bill air rumahmu.Aku lihat engkau tidak pernah membaca Bismillah sewaktu akan makan. Ini bagus kerana engkau tidak memenatkan mulutmu dan bila sudah kenyang, engkau tidak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini bagus juga. Cukuplah dengan sendawa kuat-kuat seperti lembu.

     Hai manusia yang aku cintai, semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen pon atau seteguk air sekalipun. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tidak membazirkan rezekimu yang melimpah ruah yang diberi Allah kepadamu. Engkau seorang yang jimat kerana rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang. Menonton wayang, berholiday di Genting dan membeli kemewahan-kemewahan dunia.

     Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkautidak mengucapkan Assalamualaikum. Engkau mengucapkan “Hello everybody!” Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahawa engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris. Tak perlu engkau belajar bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa. Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat yang sejati. Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku.
Duhai manusia,

     Apabila engkau berpuasa, telah lemah urat sendiku, telah terbakar seluruh jasadku, ku merintih kesakitan, bila setiap kali ku lihat hamba-hambanya-Nya yang penat berpuasa di siang hari dan menghabiskan masa di malam hari dengan berzikir dan merintih mengenang dosa-dosanya yang lepas, kerana pintu taubat telah terbuka oleh Allah seluas-luasnya….Namun aku tetap gembira kerana diantara kalian masih ada yang sudi menjadi temanku, melepaskan peluang rahmat Allah dengan mengucapkan perkataan yang sia-sia, mengumpat, tidak mengerjakan solat malah mencipta setiap persengketaan. Aduhai tubuhku yang dibelenggu telah kembali segar. Cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadi penyambung kepada tugasku setiap masa. Dan di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama. Kita berpegang tangan menuju ke NERAKA JAHANNAM. 


Sahabatmu, IBLIS LAKNATULLAH

No comments:

Post a Comment