Wednesday 25 January 2012
Saturday 7 January 2012
SURAT TERBUKA DARI IBLIS
Hai manusia
tersayang,
Jadi malam waktu
akan tidur, aku melihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak
membaca Ayat Kursi dan Kulhu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah
adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Quran. Sesungguhnya engkau
tidak membuang masa.
Pagi ini aku
lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat Subuh. Bagus sekali!! Engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah
sahabatku yang budiman. Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan
tidurmu. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam
berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila Subuh dating menjelang,
udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri
kesayangan.
Aku lihat engkau
jarang-jarang mengambil wuduk. Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan
air dan tidak meninggikan bill air rumahmu.Aku lihat engkau tidak pernah
membaca Bismillah sewaktu akan makan. Ini bagus kerana engkau tidak memenatkan
mulutmu dan bila sudah kenyang, engkau tidak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini
bagus juga. Cukuplah dengan sendawa kuat-kuat seperti lembu.
Hai manusia yang
aku cintai, semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau
menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen pon atau seteguk
air sekalipun. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang
duit dan tidak membazirkan rezekimu yang melimpah ruah yang diberi Allah kepadamu.
Engkau seorang yang jimat kerana rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang.
Menonton wayang, berholiday di Genting dan membeli kemewahan-kemewahan dunia.
Aku lihat bila
engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkautidak mengucapkan Assalamualaikum.
Engkau mengucapkan “Hello everybody!” Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan
bahawa engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa
Inggeris. Tak perlu engkau belajar bahasa Arab kerana ini bukan bahasa
antarabangsa. Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat
yang sejati. Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku.
Duhai manusia,
Apabila engkau
berpuasa, telah lemah urat sendiku, telah terbakar seluruh jasadku, ku merintih
kesakitan, bila setiap kali ku lihat hamba-hambanya-Nya yang penat berpuasa di
siang hari dan menghabiskan masa di malam hari dengan berzikir dan merintih
mengenang dosa-dosanya yang lepas, kerana pintu taubat telah terbuka oleh Allah
seluas-luasnya….Namun aku tetap gembira kerana diantara kalian masih ada yang
sudi menjadi temanku, melepaskan peluang rahmat Allah dengan mengucapkan
perkataan yang sia-sia, mengumpat, tidak mengerjakan solat malah mencipta
setiap persengketaan. Aduhai tubuhku yang dibelenggu telah kembali segar.
Cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadi penyambung kepada tugasku setiap masa.
Dan di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama. Kita
berpegang tangan menuju ke NERAKA JAHANNAM.
Sahabatmu, IBLIS LAKNATULLAH
Sahabatmu, IBLIS LAKNATULLAH
Thursday 5 January 2012
Monday 2 January 2012
ANTARA 9 MIMPI NABI
MUHAMMAD S.A.W
Antara 9 mimpi Nabi Muhammad S.A.W “Sesungguhnya
aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di
Israqkan…….”
1. Aku
telah melihat seorang dari umatku telah di dating oleh malaikatulmaut dengan
keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu
terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATANNYA DAN KEPATUHANNYA KEPADA
KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku
melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan,
diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku
melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan
iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIR YANG TULUS
IKHLAS kepada Allah.
4. Aku
melihat bagaimana umatku diseret dengai rantai yang diperbuat daripada api
neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke
duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK
MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku
melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu
telaga, dia dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG
IKHLAS KERANA ALLAH SWT member minumhingga ia merasa puas.
6. Aku
melihat umatku cuba mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk
berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah
MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk
disebelahku.
7. Aku
melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di
sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah
pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari
kegelapan kepada tempat yang terang benderang.
8. Aku
melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka
tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK
SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut
bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku
melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah
menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menghalang muka
dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)